fb fb fb fb fb

Israel pertimbang idea untuk hentikan perang Gaza

FOTO AFP

PALESTIN, 4 Julai- Kumpulan Hamas pada Rabu memaklumkan pihaknya telah menghantar "idea" baharu kepada pengantara Qatar dengan niat untuk menamatkan perang di Gaza yang telah berlanjutan sejak hampir sembilan bulan dengan Israel.

Susulan itu, Israel mengesahkan bahawa ia sedang menilai rancangan Hamas mengenai perjanjian untuk melihat tebusannya di wilayah Palestin dibebaskan dan sebaliknya.

Menerusi jumlah kematian akibat perang hampir sembilan bulan yang semakin meningkat dan keadaan semakin buruk setiap hari bagi penduduk Gaza, kedua-dua pihak berada bawah tekanan antarabangsa untuk gencatan senjata.

Israel sebaliknya berkata mustahil untuk berbuat demikian sehingga Hamas membebaskan semua tebusannya.

Qatar, bekerjasama dengan Amerika Syarikat, sebagai pegantara antara Hamas dan Israel.

“Kami bertukar beberapa idea dengan saudara pengantara dengan tujuan menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin kami,” kata satu kenyataan Hamas.

Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan perkhidmatan perisikan Mossad mengesahkan pendekatan baharu itu.

"Pengantara perjanjian tebusan telah menyampaikan kepada pasukan perunding kenyataan Hamas mengenai perjanjian tebusan. Israel sedang menilai kenyataan itu dan akan menyampaikan jawapannya kepada pengantara," kata satu kenyataan Israel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE