WARSAW, 12 Jun - Poland mempertimbangkan untuk melaksanakan kawalan separa di sempadannya dengan Jerman pada musim panas ini sekiranya jumlah kemasukan migran terus meningkat.
Perdana Menteri Poland Donald Tusk berkata, setiap kumpulan migran yang dihantar pulang dari Jerman akan diperiksa dengan teliti.
"Jika keadaan di sempadan berterusan atau bertambah, saya tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan memperkenalkan kawalan sementara. Kemungkinan besar kami akan melaksanakan kawalan separa di sempadan dengan Jerman pada musim panas ini," kata Tusk ketika berucap di Parlimen pada Rabu
Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengehadkan perjalanan tanpa visa dari beberapa negara yang warganegaranya dikaitkan dengan insiden jenayah di Poland, seperti Georgia.
Tusk berdepan tuduhan daripada pihak pembangkang nasionalis bahawa kerajaan bawah pimpinanya menerima ramai pendatang haram yang dihantar balik dari Jerman.
Sejak 2021, Poland berdepan krisis migran. - REUTERS