fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan

(Foto Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 2 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pertemuan kira-kira sejam itu membincangkan isu-isu yang berkepentingan bersama termasuk kerjasama dalam sektor ekonomi, pertahanan, pembangunan infrastruktur, pengangkutan, tenaga boleh baharu serta meningkatkan semula pertukaran lawatan di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara. 

Anwar dalam kenyataannya berkata, mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan geopolitik. 

"Korea Selatan merupakan salah satu rakan rapat dan penting bagi Malaysia. 

"Park Jin pernah bertemu dengan saya semasa lawatan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Seoul pada tahun 1996.

"Park Jin ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Politik dan penterjemah kepada mantan Presiden Korea Selatan, Kim Young Sam.

"Saya berharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan selain memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.


(Foto Anwar Ibrahim)

Media Baharu