fb fb fb fb fb

PM Papua New Guinea isytihar darurat di Port Moresby

Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape

PORT MORESBY, 12 Januari- Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape mengisytiharkan darurat selama 14 hari di ibu negara Port Moresby selepas 15 orang terbunuh dalam rusuhan ketika orang ramai merompak dan membakar kedai.

Susulan itu, lebih 1,000 tentera bersiap sedia bawah perintah darurat, umum Marape.

Keganasan meletus di ibu negara Port Moresby pada petang Rabu selepas sekumpulan askar, pegawai polis dan pengawal penjara melancarkan bantahan terhadap kerajaan.

Dalam beberapa jam rusuhan juga telah merebak ke bandar Lae, kira-kira 300 kilometer (186 batu) ke utara.

"Hari ini sy umumkan  keadaan darurat selama 14 hari di ibu negara kita," kata Marape.

"Pasukan pertahanan boleh campur tangan pada masa itu untuk membendung sebarang situasi yang mungkin timbul pada masa hadapan", katanya.

Pasukan keselamatan telah mengadakan protes di dalam parlimen Papua New Guinea Rabu selepas menyedari gaji mereka telah dikurangkan tanpa penjelasan.

Kerajaan dengan pantas berjanji untuk membetulkan apa yang disifatkannya sebagai 'gangguan' gaji tetapi ia tidak mencukupi untuk menghalang orang awam yang tidak berpuas hati daripada menyertai rusuhan berkenaan.

Marape berkata empat ketua jabatan yang terlibat dalam masalah gaji tersebut iaitu pesuruhjaya polis dan ketua anggota, kewangan dan perbendaharaan telah digantung tugas selama 14 hari.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE