fb fb fb fb fb

PM Palestin gesa PBB, Kesatuan Eropah 'hulur bantuan' segera ke Gaza

Penduduk Palestin melarikan diri dari utara Gaza bergerak ke arah selatan/FOTO REUTERS

RAMALLAH, 13 November - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 'menghulurkan bantuan' segera ke Semenanjung Gaza yang musnah teruk akibat serangan tanpa henti Rejim Zionist Israel sejak 7 Oktober lalu.

"Saya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menyalurkan bantuan ke Semenanjung Gaza, terutama di utara," katanya.

Shtayyeh merujuk kepada kawasan yang paling terjejas teruk dibom tentera Israel. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN