WELLINGTON, 13 Ogos -Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon menyifatkan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu telah "kehilangan arah, sambil menuduh beliau telah bertindak melampaui batas dalam usahanya melancarkan perang ke atas Gaza.
"Apa yang berlaku di Gaza adalah amat, amat mengerikan.Netanyahu telah bertindak terlalu jauh. Saya rasa dia telah kehilangan arah. Dia tidak mendengar suara masyarakat antarabangsa dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, " tambah Luxon dalam kenyataan.
Netanyahu baru-baru ini melancarkan rancangan mengambil alih Bandar Gaza dengan menegaskan bahawa itu adalah "cara terbaik untuk menamatkan perang" walaupun terdapat seruan tegas untuk menghentikan pertumpahan darah.
Pakar-pakar yang disokong Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran tentang kebuluran yang meluas sedang berlaku di wilayah tersebut, dengan Israel telah menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dengan ketat.
New Zealand pada Isnin lalu memberi bayangan bahawa negara itu mungkin akan menyertai Australia, Kanada, Perancis dan Britain dalam mengiktiraf negara Palestin.
"New Zealand telah menyatakan dengan jelas sejak sekian lama bahawa pengiktirafan kami terhadap negara Palestin adalah soal bila, bukan sama ada," kata Menteri Luar Negeri Winston Peters. - AFP