fb fb fb fb fb

PM Lithuania letak jawatan akibat skandal perniagaan keluarga

Perdana Menteri Lithuania, Gintautas Paluckas/Foto REUTERS

VILNIUS, 1 Ogos – Perdana Menteri Lithuania, Gintautas Paluckas, mengumumkan perletakan jawatannya selepas ditekan berikutan kaitan perniagaan dengan syarikat milik iparnya yang menerima dana kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Paluckas mengakui bahawa kesilapan lalu telah menjejaskan pentadbirannya dan menyebabkan beliau membuat keputusan untuk berundur secara “cepat dan yakin”.

Parti pembangkang mengecam tindakan Paluckas selepas didedahkan bahawa syarikat miliknya telah menjual bateri elektrik kepada sebuah firma milik iparnya, dan urusan itu dibiayai oleh agensi kerajaan.

Paluckas sebelum ini menafikan sebarang salah laku, namun tekanan meningkat apabila parti gabungan For Lithuania mengugut keluar dari kerajaan jika beliau tidak berundur,sambil menyatakan kedudukannya tidak lagi boleh dipertahankan.

Firma milik iparnya minggu lalu menafikan berlaku sebarang penyelewengan, dan berkata pembelian dibuat melalui tender terbuka.

Bagaimanapun, syarikat itu kemudian memutuskan untuk menolak dana kerajaan tersebut.

Menurut penganalisis politik Mazvydas Jastramskis, Paluckas akan digantikan oleh calon daripada parti Social Democrat, yang kini memiliki 52 daripada 141 kerusi Parlimen. Namun katanya, rundingan dengan dua rakan gabungan – For Lithuania dan parti populis Nemunas Dawn dijangka sukar kerana kedua-duanya tidak sehaluan. - REUTERS

“Parti lain nampaknya juga tidak begitu berminat untuk menyertai kerajaan,” katanya. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD