fb fb fb fb fb

PM Kanada minta Israel hentikan pembunuhan kanak-kanak, bayi dan wanita

FOTO REUTERS

KANADA, 15 November - Gesaan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kepada Israel untuk untuk menghentikan pembunuhan terhadap kanak-kanak, bayi dan wanita menerima reaksi berang daripada Benjamin Netanyahu.

Seperti yang dilaporkan portal Al Jazeera, Trudeau berkata bahawa "pembunuhan wanita, kanak-kanak, bayi" di Semenanjung Gaza yang dikepung mesti berakhir.

"Dunia sedang menonton, di TV, di media sosial, kami mendengar luahan doktor, ahli keluarga, mangsa yang terselamat, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka.

“Dunia sedang menyaksikan pembunuhan wanita, kanak-kanak, bayi ini. Ini perlu dihentikan,” katanya pada sidang akhbar di wilayah barat British Columbia.

Kanada menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang semakin meningkat di kawasan yang diserang dan dikepung, dengan lebih 11,200 rakyat Palestin telah dibunuh rejim Israel sejak konflik bermula.

"Harga keadilan tidak boleh menjadi penderitaan berterusan semua orang awam Palestin," kata Trudeau.

Kira-kira 350 warga Kanada, penduduk tetap dan ahli keluarga telah dipindahkan dari Gaza, tambahnya.

Pada Rabu, tentera Israel menyerbu Hospital al-Shifa, beribu-ribu pesakit dan penduduk Palestin yang dipindahkan terperangkap di dalam, termasuk berpuluh-puluh bayi pramatang yang berjuang untuk hidup. - Agensi

TETITIA YUSOFF