fb fb fb fb fb

IRC bimbang pelarian Afghanistan yang pulang dari Pakistan

FOTO REUTERS

PAKISTAN, 15 November - Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) di Afghanistan menyuarakan menyatakan kebimbangan terhadap pelarian Afghanistan yang tiba dari Pakistan menjelang musim sejuk yang melanda negara itu.

"Kami menjangkakan orang ramai akan terus tiba sekitar enam bulan akan datang, dan keadaan krisis yang bakal dihadapi. Seperti yang anda nyatakan, kita sedang menghadapi musim sejuk, dan keadaan akan merosot dengan cepat, suhu akan turun dengan ketara. Dan juga pada bulan Disember, ini menandakan permulaan musim hujan, dan orang ramai akan menghadapi keadaan yang amat sukar dan seperti yang saya katakan, mereka akan tidur di dalam khemah, di bawah langit terbuka.” kata Pengarah Bersekutu, Asia Komunikasi, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa, Nancy Dent.

Puluhan ribu rakyat Afghanistan yang kebanyakannya telah tinggal di Pakistan selama beberapa dekad, terpaksa meninggalkan negara itu dengan pihak berkuasa sedang membuat serbuan untuk menahan dan mengusir rakyat Afghanistan yang tidak ada dokumen.

IRC menyediakan penjagaan kesihatan, sokongan psikososial dan perkhidmatan kebersihan kepada beribu-ribu warga Afghanistan yang pulang ke kem di Torkham, Nangarhar.

“Negara tidak mampu menampung ribuan keluarga yang tiba dan berkemungkinan besar ini akan memanjangkan lagi ekonomi. Jadi keadaan untuk Afghanistan secara keseluruhan juga berkemungkinan merosot,” Pengarah Bersekutu, Komunikasi Asia, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa, Nancy Dent memberitahu Reuters dalam temu bual zum dari Kabul. - REUTERS

TETITIA YUSOFF