fb fb fb fb fb

PM Houthi terbunuh dalam serangan Israel

Foto AFP

SANAA, 30 Ogos- Perdana Menteri Houthi bersama pegawainya disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel awal minggu ini.

Kumpulan Houthi mengumumkan, Ahmed Ghaleb Nasser Al-Rahawi, yang dilantik tahun lalu, adalah pegawai paling kanan.

"Kami mengumumkan kesyahidan pejuang Ahmed Ghaleb Nasser Al-Rahawi bersama beberapa rakan menterinya. Mereka menjadi sasaran musuh Israel yang khianat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, serangan turut mengakibatkan beberapa yang lain cedera dan mangsa sedang menerima rawatan sejak Khamis.

Terdahulu, Rejim Zionis mengesahkan telah menyerang sasaran Houthi di kawasan Sanaa, ibu kota yang dikuasai kumpulan itu, pada Khamis.

Huthi telah berulang kali melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Mereka juga menyasarkan kapal di Laut Merah dan Teluk Aden yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello