fb fb fb fb fb

PM Denmark 'gigil' diserang lelaki sakit mental

Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen / AFP

COPENHAGEN, 9 Jun- Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen berkata pada Sabtu akui masih berasa terkejut dan trauma selepas dia diserang oleh seorang lelaki di dataran Copenhagen sehari sebelumnya.

"Saya sedih dengan kejadian semalam, tetapi saya baik-baik saja," kata Frederiksen dalam satu kiriman ke Instagram.

Frederiksen turut memohon diberi ruang untuk tenangkan diri buat masa ini.

Sementara itu, polis Denmark berkata mereka percaya serangan terhadap perdana menteri itu tidaklah bermotifkan politik.

Suspek ini direman sehingga 20 Jun.

“Pada masa ini hipotesis siasatan awal kami mengatakan insiden itu tidak bermotifkan politik,” kata polis dalam satu kenyataan kepada X.

Pada Jumaat, seorang lelaki ditahan selepas memukul Perdana Menteri Mette Frederiksen di dataran Copenhagen.

Semasa perbicaraan pada Sabtu, pihak pendakwaan membentangkan kenyataan doktor yang memaklumkan defendan tidak waras selain mabuk, lapor media Denmark.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE