DHAKA, 7 Januari - Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hadir mengundi pada pilihan raya umum Bangladesh hari ini sejurus pusat pengundian dibuka yang diboikot parti pembangkang utama dan dicemari dengan keganasan.
Undian bermula pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan hingga 4.00 petang.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada Jumaat dalam insiden kebakaran kereta api penumpang selepas beberapa pusat mengundi, sekolah dan sebuah biara Buddha dibakar beberapa hari sebelum pilihan raya.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai keganasan pada hari mengundi dengan hampir 800,000 pasukan keselamatan mengawal pondok mengundi, dibantu tentera di seluruh negara.
Diiringi anak perempuannya dan ahli keluarganya yang lain, Hasina mengundi di City College di ibu negara, di sini beberapa minit selepas pengundian bermula pada pukul 8 pagi di buka.
"Bangladesh adalah negara yang berdaulat dan rakyat adalah kuasa saya," kata Hasina selepas mengundi, sambil menambah bahawa beliau berharap partinya akan memenangi mandat rakyat, yang akan memberikannya penggal kelima.
"Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan demokrasi perlu diteruskan di negara ini."
Kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran kepada negara yang mempunyai 170 juta penduduk itu menuju kepada pemerintahan satu parti selepas pemboikotan daripada Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan beberapa sekutu yang lebih kecil.
Amerika Syarikat dan negara-negara Barat, pelanggan utama industri pakaiannya telah menggesa pilihan raya yang bebas dan adil sejak kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971.
Kira-kira 120 juta pengundi akan memilih daripada hampir 2,000 calon untuk 300 kerusi parlimen yang dipilih secara langsung.
Terdapat 436 calon bebas, direkodkan paling ramai sejak 2001.
Peratusan keluar mengundi rendah pada waktu awalny memandangkan keadaan cuaca sejuk dan meningkat pada sebelah petang.
"PM Hasina telah banyak berjasa kepada negara. Saya akan mengundi partinya," kata Anowar Hossain, 55, ketika kami berjalan pulang ke rumah selepas membeli sayur-sayuran dari pasar berdekatan di Dhaka. - REUTERS