fb fb fb fb fb

PM Australia melawat mangsa banjir di Victoria

(Foto fail/REUTERS)

SYDNEY, 16 Oktober- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengadakan lawatan ke Victoria, salah sebuah negeri yang terjejas teruk dilanda banjir. Banjir melanda tiga negeri ekoran hujan lebat selama beberapa hari.

Tumpuan kekal diberikan di bahagian utara kawasan itu terutama bandar Shepparton dimana ribuan penduduk terkandas.

Pihak berkuasa Victoria turut melaporkan satu kematian membabitkan seorang lelaki di Rochester, kira-kira 200 km (124 batu) di utara Melbourne.


(Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese/Foto fail/AFP)

"Rakyat Australia berkumpul, mereka saling membantu dan sekali lagi kita melihat pada masa yang paling teruk, rakyat Australia yang terbaik," kata Albanese di Melbourne.

"Operasi pembersihan juga sedang dijalankan", katanya.

Terdahulu, perdana menteri berkata insiden cuaca buruk itu memberi kesan kepada masyarakat bandar dan serantau. Tambahnya, seramai 60 anggota Angkatan Pertahanan Australia kini berada di lokasi membantu penduduk yang terjejas banjir.

Sementara itu, amaran banjir terbaharu turut dikeluarkan melibatkan kawasan selatan New South Wales dan wilayah utara Tasmania.

Di selatan New South Wales, sebanyak 74 amaran banjir dikeluarkan terutama di bandar pedalaman Forbes, Narrandra dan Moama. Manakala di Tasmania, sebanyak 22 amaran diberikan berhampiran Launceston.

Pada awal tahun ini, negeri-negeri di bahagian timur Australia dilanda banjir teruk ekoran fenomena cuaca La Nina yang menyebabkan hujan lebat.-REUTERS

Media Baharu