fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Thailand: Parti politik bersedia untuk pertandingan Februari

Anutin Charnvirakul/Foto REUTERS

BANGKOK, 28 Disember – Parti-parti politik di Thailand pada Ahad telah menarik nombor cabutan bertuah bagi parti masing-masing sebagai persiapan untuk pilihan raya umum yang dijadualkan pada Februari ini.

Kurang daripada 100 hari selepas dipilih sebagai Perdana Menteri, pemimpin sementara Thailand, Anutin Charnvirakul, membubarkan Parlimen awal bulan ini selepas kerajaan minoritinya menghadapi ancaman undi tidak percaya.

Sekiranya dipilih semula, Anutin berkata pegawai utama dalam kerajaan beliau akan mengekalkan jawatan masing-masing, termasuk Menteri Kewangan Ekniti Nitithanprapas, Menteri Luar Sihasak Phuangketkeow, dan Menteri Perdagangan Suphajee Suthumpun.

Anutin dijangka mendapat keuntungan daripada sentimen nasionalis yang meningkat susulan konflik dengan Kemboja, yang kembali memuncak ketika pentadbirannya.

Namun, penganalisis meramalkan keputusan pilihan raya mungkin rapat dan tidak memberikan majoriti jelas kepada mana-mana parti.

Yodchanan Wongsawat, calon utama Perdana Menteri daripada Parti Pheu Thai, berkata beliau berharap pilihan raya tersebut menjadi permulaan baharu yang membawa harapan kepada negara. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN