fb fb fb fb fb

Pilihan raya Greece: Parti pemerintah menang besar

(FOTO REUTERS)

ATHENS, 22 Mei-Parti pemerintah Greece, New Democracy optimis memperolehi majoriti mudah pada pilihan raya kali ini.

Ini sekali gus membolehkan parti tersebut mentadbir Greece secara sendirian.

Keyakinan itu disuarakan Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis ketika mengumumkan kemenangan besar parti konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen.

Mitsotakis juga percaya parti itu dapat menarik undi baharu dalam pilihan raya pusingan kedua yang dijangka diadakan pada Julai.

Selepas 82 peratus undi dikira, 'New Democracy' memenangi 40.8 peratus undi mengatasi 20.1 peratus undi yang diperoleh pencabar terdekat, parti 'Syriza' pimpinan bekas Perdana Menteri, Alexis Tsipras.

Dalam pada itu, Pemimpin pembangkang Greece Alexis Tsipras ucap tahniah kepada Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy dalam pilihan raya parlimen pada Ahad.

Menurut laporan Kementerian Dalam Negeri,Parti sayap kanan New Democracy mendahului parti berhaluan kiri Syriza yang diketuai Tsipras.

Selepas lebih 90 peratus undi dikira, parti pemerintah memperoleh 40.81 peratus undi dengan memenangi 146 daripada 300 kerusi parlimen berbanding Syriza yang memperoleh 20.06 peratus undi dan 71 kerusi.-AFP



(Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis berucap di luar ibu pejabat parti selepas pilihan
raya umum di Athens, Greece/FOTO REUTERS)

Media Baharu