fb fb fb fb fb

'King Maker' Sinan Ogan umum sokongan kepada Erdogan

(FOTO AFP)

ISTANBUL, 22 Mei-Sinan Ogan, bekas calon Perikatan ATA dalam pilihan raya presiden Turkiye, dijangka mengumumkan sokongannya kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pusingan penentuan minggu depan.

Pada pusingan pertama , Erdogan menerima 49.52 peratus undi, manakala Kilicdaroglu mendapat 44.88 peratus.

Ogan di tempat ketiga dengan lebih 5 peratus undi, menjadikannya berperanan sebagai king maker atau penentu keputusan dalam pusingan kedua yang dijadual 28 Mei.

Menurut satu sumber, Ogan dikatakan akan menunjukkan bahawa Kemal Kilicdaroglu, pencabar utama Erdogan, menyokong organisasi pengganas dan tidak layak menjadi Presiden Turkiye.

Beliau juga dilaporkan akan membentangkan isu yang dibincangkannya bersama Erdogan.

Kedua-duanya didakwa bersetuju untuk tidak mengubah empat artikel pertama perlembagaan, untuk mengekalkan identiti Turkiye dan memerangi semua jenis kumpulan pengganas serta menghantar pulang pencari suaka secara berperingkat mengikut satu rancangan.

Kedua-dua pihak juga mencapai persefahaman bahawa perlu ada pembangunan ekonomi selaras dengan amalan antarabangsa dan lebih fleksibiliti dalam kadar faedah.-BERNAMA

(Bekas calon Presiden Turkiye, Sinan Ogan/FOTO AFP)

Media Baharu