fb fb fb fb fb

Lapan orang cedera, serangan Rusia di wilayah Dnipropetrovsk

(Foto Reuters)

UKRAINE, 22 Mei- Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam serangan udara Rusia di wilayah Dnipropetrovsk, di tenggara Ukraine, pada Isnin.

Seorang lelaki cedera dalam serangan di bandar Dnipro dan tujuh di daerah Synelnykivskyi, menurut gabenor wilayah, Serhiy Lysak di Telegram.

Menurutnya, serangan turut mengakibatkan puluhan bangunan, termasuk rumah persendirian, blok pangsapuri dan infrastruktur pentadbiran rosak atau musnah.

Rusia telah memperhebatkan peluru berpandu dan serangan dronnya bulan ini selepas reda hampir dua bulan, dengan serangan balas Ukraine yang semakin hampir.

Gelombang serangan itu datang beberapa kali seminggu, yang paling berat dalam peperangan.

Menurut tentera udara Ukraine, serangan ke atas Dnipro menggunakan 16 jenis peluru berpandu berbeza dan 20 dron serangan Shahed-136/131.

Pertahanan udara menjatuhkan 20 dron Rusia dan empat peluru berpandu jelajah, tambahnya.-REUTERS

(Seorang lelaki berdiri di bahagian balkoni sebuah pangsapuri yang rosak/Foto Reuters)

Media Baharu