fb fb fb fb fb

12 maut dalam rempuhan stadium El Salvador

(FOTO AFP)

SAN SALVADOR, 22 Mei- Sekurang-kurangnya 12 maut dan ratusan lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador pada Sabtu.

Menurut laporan awal , setakat ini mangsa yang maut membabitkan tujuh lelaki dan dua wanita.

Susulan itu, perlawanan antara FC Alianza dan CD FAS dibatalkan dan anggota penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

Menurut media tempatan , Para penonton mengadu hanya dua pintu dibuka di stadium dan mereka yang berada di luar stadium tetap mahu masuk, menyebabkan berlaku rempuhan.

Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak dan warga emas mengalami sesak nafas.

Stadium berkenaan adalah salah satu stadium terbesar di Amerika Tengah dengan mempunyai kapasiti rasmi lebih daripada 44,000 penonton.

Persekutuan Bola Sepak Salvador berkata mereka akan menyiasat segera insiden berkenaan.

Presiden El Salvador, Nayib Bukele berkata, Polis Awam Negara dan Pejabat Peguam Negara akan menjalankan "penyiasatan menyeluruh" terhadap kejadian di stadium itu.-AFP

 


(FOTO AFP)

Media Baharu