fb fb fb fb fb

20 orang maut, asrama sekolah di Guyana terbakar

(Foto Hiasan)

GEORGETOWN, GUYANA, 22 Mei- Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala beberapa lagi cedera dalam kebakaran asrama di Sekolah Menengah Mahdia, di negara Amerika Selatan, di sini, pada Ahad.

Presiden Guyana, Irfaan Ali menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai satu bencana besar.

"Ini merupakan bencana besar...mengerikan dan menyakitkan," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Ali, arahan juga telah diberikan kepada dua buah hospital utama di ibu negara Georgetown supaya setiap kanak-kanak yang benar-benar memerlukan, diberi perhatian khusus.

Sementara itu, Natasha Singh-Lewis, seorang ahli parlimen pembangkang, menggesa siasatan terhadap punca kebakaran dilakukan segera.

"Kita perlu memahami bagaimana kejadian ngeri itu berlaku dan mengambil semua langkah untuk mengelakkan tragedi sama daripada berulang," katanya.

Dalam pada itu, pesawat persendirian dan tentera turut dihantar ke Mahdia, kira-kira 200 kilometer di selatan Georgetown, berikutan wilayah tersebut terjejas akibat hujan lebat.-AFP

(Foto Hiasan)

Media Baharu