fb fb fb fb fb

China panggil duta Jepun atas tindakan di G7

BEIJING, 22 Mei- Naib Menteri Luar China Sun Weidong memanggil duta Jepun berhubung "isu berkaitan China" pada sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7), menurut satu kenyataan kementerian yang dikeluarkan pada Ahad.

Sun berkata Jepun bekerjasama dengan negara-negara lain pada sidang kemuncak G7, " untuk memburuk-burukkan dan menyerang China, campur tangan dalam hal ehwal dalaman China, melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan empat dokumen politik antara China dan Jepun," merujuk kepada Pernyataan Bersama China-Jepun 1972.

Beliau berkata tindakan Jepun itu memudaratkan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China, dan China "sangat tidak berpuas hati dan menentang keras" tindakan mereka.

"Jepun harus membetulkan pemahamannya tentang China, memahami autonomi strategik, mematuhi prinsip empat dokumen politik antara China dan Jepun, dan benar-benar menggalakkan pembangunan stabil serta hubungan dua hala dengan sikap yang membina," kata Sun.

Kedutaan China di Britain sebelum ini meminta London berhenti memburuk-burukkan China bagi mengelakkan hubungan kedua-dua negara terjejas.- REUTERS

(Sun Weidong/REUTERS)

 

Media Baharu