WASHINGTON, 6 November- Kemas kini terbaru pilihan raya presiden Amerika Syarikat menyaksikan Donald Trump masih mendahului dengan kemenangan di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Missouri, North Dakota, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tennessee, Texas, West Virginia, dan Wyoming.
Kamala Harris pula telah mencatat kemenangan di Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island, Vermont, dan ibu negara, Washington, DC.
Ini menjadikan Harris mengumpul 81 undi elektoral, manakala Trump memiliki 168.
Untuk memenangi jawatan presiden, calon perlu mencapai 270 undi elektoral. Pemerhati menjangkakan bahawa perlumbaan sengit ini mungkin akan ditentukan oleh beberapa negeri utama yang dikenali sebagai ‘battleground states’.
Berikut ialah senarai negeri yang dimenangi oleh setiap calon dan jumlah undi elektoral, berdasarkan unjuran media AS termasuk CNN, Fox News, MSNBC/NBC News, ABC, dan CBS.
- HARRIS (81) -
Delaware (3)
District of Columbia (3)
Illinois (19)
Maryland (10)
Massachusetts (11)
New York (28)
Rhode Island (4)
Vermont (3)
- TRUMP (168) -
Alabama (9)
Arkansas (6)
Florida (30)
Indiana (11)
Kentucky (8)
Louisiana (8)
Mississippi (6)
Missouri (10)
North Dakota (3)
Oklahoma (7)
South Carolina (9)
South Dakota (3)
Tennessee (11)
Texas (40)
West Virginia (4)
Wyoming (3)