fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2026 'amat selamat' - Gabenor New Jersey

Phil Murphy/ REUTERS

BERLIN, 14 Julai- Gabenor New Jersey Phil Murphy berjanji Piala Dunia 2026 akan menjadi "kejohanan yang sangat selamat", ia diumumkan beberapa jam selepas percubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan keganasan pada perlawanan Copa America.

Stadium MetLife, di negeri Murphy akan menjadi tuan rumah kepada lapan perlawanan, termasuk perlawanan akhir, Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Trump ditembak di telinga dalam cubaan bunuh pada perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania pada Sabtu. Penembak berkenaan dilaporkan maut.

Copa America pada Rabu yang dihoskan di Amerika Syarikat, perlawanan separuh akhir antara Colombia dan Uruguay di Charlotte mencetuskan keganasan di tempat penonton.

Polis mengambil masa lebih 10 minit untuk memulihkan keadaan manakala pemain, termasuk penyerang Liverpool, Darwin Nunez, dilihat pergi ke orang ramai untuk melindungi ahli keluarganya.

Menjelang final Euro 2024 antara Sepanyol dan England pada Ahad, Murphy memberitahu pemberita bahawa dia yakin Piala Dunia 2026 akan berlangsung dengan aman dan selamat.

Murphy menyifatkan percubaan bunuh itu sebagai "keganasan" dan mengatakan New Jersey serta New York "mempunyai undang-undang keselamatan senjata api yang ketat di Amerika."

"Saya boleh katakan dengan penuh yakin, ia akan menjadi kejohanan yang sangat selamat," tambah Murphy.

Penganjur Piala Dunia 2026 mempunyai masa lebih lama untuk menganjurkan kejohanan yang selamat.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI