(Mozek Byzantine dari abad ke-5 hingga ke-7 ditemui seorang petani Palestin/AFP)
GAZA, 25 September- Sebuah tapak yang dihiasi lantai mozek dari era Byzantine telah dijumpai secara tidak sengaja pada Jumaat apabila seorang petani Palestin mengorek tanah untuk menanam pokok-pokok baharu di ladang yang diusahakannya.
Salman al-Nabahin menemuinya kira-kira enam bulan lalu ketika membuat kerja di ladang pokok zaitunnya di khemah pelarian Bureij, kira-kira satu kilometer dari sempadan Israel.
Lantai mozek itu menunjukkan variasi motif burung dan haiwan lain dalam pelbagai warna yang masih dalam keadaan baik berdasarkan usianya.
Mozek itu "dalam keadaan pemuliharaan yang sempurna", kata ahli arkeologi Perancis Rene Elter, seorang penyelidik Sekolah Alkitab dan Arkeologi Perancis.
"Ia adalah kerja yang berkualiti tinggi, mereka menggunakan bahan yang pastinya agak mahal," kata Elter.
Beliau berkata mozek itu mungkin menghiasi lantai sebuah gereja atau vila peribadi.
Mozek itu adalah yang terbaru dalam siri penemuan arkeologi Byzantine di Gaza dalam beberapa tahun kebelakangan ini.- AFP
(Seorang lelaki menggunakan berus untuk membersihkan mozek Byzantine /AFP)