fb fb fb fb fb

Burger cengkerik menu eksotik di Thailand

(Penyediaan cengkerik untuk dijadikan burger)

BANGKOK, 25 September- Makanan eksotik, cengkerik semakin mendapat tempat di hati penduduk Thailand apabila sebuah restoran terkemuka di Bangkok telah berjaya membuat
kelainan, dengan melakukan inovasi hidangan berasaskan serangga berkenaan untuk pelanggan.

Diambil terus dari ladang, restoran berkenaan bukan sahaja menyajikan menu burger, malah hidangan istimewa lain seperti sosej, bebola, biskut dan bar
tenaga turut menjadi pilihan pelanggan.

Pasaran serangga yang boleh dimakan dijangka berkembang menjadi industri global bernilai bilion dolar pada tahun mendatang dan menjadi alternatif kepada daging.

“Cengkerik tidak perlu berada di gerai penjual jalanan yang hanya dihidangkan dengan kicap,” kata Poopipat Thiapairat, pemilik bersama Restoran Bounce Burger.

Beliau turut menambah, "semuanya mungkin, ia boleh menjadi burger, roti, biskut lembut atau perasa paprika yang digunakan untuk perasa kentang goreng."

Antara tarikan terbesar penternakan kriket ialah impak alam sekitar jauh lebih rendah daripada menternak lembu atau babi.

(Penternakan cengkerik di salah sebuah ladang di Thailand)

Satu kajian pada 2017 menunjukkan, pelepasan karbon bagi penternakan adalah sebanyak 89% berbanding penternakan serangga.

Walaupun beberapa bahagian di dunia kini baru menemui faedahnya, Thailand sudah mempunyai beribu-ribu ladang serangga.

Kebanyakan ladang tersebut memenuhi keperluan makanan haiwan, tetapi sesetengahnya kini tertumpu pada serangga yang boleh dimakan oleh manusia seperti Ladang Kriket R&D Bricket, yang dibina pada 2019.

Di pinggir Bangkok, sebuah ladang membekalkan 160 kilogram cengkerik setiap bulan terus ke dapur Bounce bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jelas pengarah urusan Thanaphum Muang-Ieam, "proses itu dikawal dengan teliti, serangga tersebutakan dibasuh kemudian dituai untuk tujuan penyediaan makanan."

Manakala untuk burger, cengkerik diletakkan di bahagian atas dan untuk rasa yang lebih manis, chef Bounce menggunakan serbuk yang diambil daripada serangga yang dibakar.

Seorang pelanggan, Anut Sottthibandhu berusia 53 tahun berkata, "rasanya sedap, sosnya sebati dengan bau cengkerik," komennya sambil mengunyah burger itu.

“Saya tidak rasa seperti ada serangga dalam burger saya,” tambahnya sambil tersengih.- AFP

Media Baharu