fb fb fb fb fb

Pesawat terhempas di pakir pangsapuri di Michigan

(Foto FB Sherlyn Johnson)

MICHIGAN, 14 Ogos- Sebuah pesawat terhempas ketika melakukan pertunjukan udara di sini, Amerika Syarikat, semalam.

Pesawat itu terhempas di kawasan pakir di sebuah pangsapuri di bandar Van Buren Township.

Pihak berkuasa tempatan berkata, juruterbang dan penumpang terselamat selepas sempat keluar daripada pesawat dengan payung terjun.

Mangsa yang cedera ringan dirawat di hospital berhampiran, menurut media tempatan.

Punca kejadian tidak dinyatakan. -Reuters

(Juruterbang dan penumpang sempat keluar daripada pesawat sebelum terhempas/
FB Sherlyn Johnson)

Media Baharu