fb fb fb fb fb

Kim Jong Un berang berhubung kerosakan ribut

(Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un (tengah) melawat kawasan yang dilanda ribut dan
memarahi pegawai tempatan berhubung kerosakan itu/ AFP)

SEOUL, 14 Ogos- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menempelak pegawai “tidak bertanggungjawab” kerana gagal menghalang kerosakan akibat ribut tropika yang melanda semenanjung Korea minggu lalu, kata media kerajaan hari ini.

Ribut Tropika Khanun, yang membadai Jepun mengambil laluan berliku ke arah semenanjung Korea dan bergerak merentasi Korea Utara pada awal Jumaat, lalu membawa hujan lebat ke selatan.

Bencana alam cenderung memberi kesan yang lebih besar kepada utara yang terpencil dan miskin disebabkan infrastrukturnya yang lemah, manakala penebangan hutan menyebabkannya terdedah kepada banjir.

Kim yang melawat tanah ladang yang ditenggelami air di Daerah Anbyon di timur negara itu berkata wilayah itu mengalami lebih banyak kerosakan berbanding kawasan lain.

Katanya ia disebabkan " sikap kerja yang tidak sistematik dan tidak bertanggungjawab" , lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

“Pegawai wilayah itu tidak sensitif dan tidak mengambil langkah siapsiaga dan akibatnya wilayah itu mengalami banyak kerosakan berbanding wilayah lain," kata Kim.

Ketika ribut menghampiri Semenanjung Utara , kempen dinamik dilaksanakan untuk menghadapi iklim tidak normal yang membawa bencana dan meminta langkah-langkah untuk meminimumkan kerosakan kepada pengeluaran ekonomi negara.

Di bahagian Utara secara berkala dilanda kebuluran, dengan ratusan ribu orang mati dengan anggaran berjuta-juta pada pertengahan 1990-an.

Negara itu mengadakan mesyuarat parti peringkat tertinggi pada Februari untuk menangani masalah kekurangan makanan dan pertanian secara khusus. - AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu