fb fb fb fb fb

Pesawat Rusia mendarat di sungai beku kerana kesilapan juruterbang

Foto menunjukkan pesawat Antonov-24 Polar Airlines selepas mendarat di sungai Kolyma berhampiran lapangan terbang di Zyryanka di wilayah Yakutia, Rusia/ REUTERS

MOSCOW, 28 Disember- Sebuah pesawat Antonov-24 era Soviet yang membawa 30 penumpang mendarat di sungai beku berhampiran lapangan terbang di timur jauh Rusia pada Khamis kerana kesilapan juruterbang, kata Pendakwa Raya Pengangkutan.

Polar Airlines An-24 selamat mendarat di sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia, menurut Pendakwa Raya.

“Menurut maklumat awal, punca kejadian penerbangan adalah kesilapan kru dalam mengendali pesawat itu ,” kata jurucakap Pendakwa Raya pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

Pendakwa Raya menerbitkan gambar pesawat itu di sungai beku.  Akhbar Izvestia menyiarkan gambar penumpang turun.

"Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.

"Tiada kemalangan jiwa," kata Polar Airlines dalam satu kenyataan ringkas.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI