fb fb fb fb fb

Pesawat pertama Yemen berlepas ke Jordan setelah enam tahun ditutup

SANAA, 16 Mei- Pesawat yang masuk ke kawasan dikuasai pemisah di Yemen hujung bulan lalu berlepas keluar dari negara terbabit.

Ia merupakan pesawat komersial pertama ke kawasan berkenaan dalam tempoh hampir enam tahun.

Pesawat berkenaan berlepas ke Jordan pagi tadi .

Sebelum terbang, pesawat itu turut diberi penghormatan dengan pancuran air dari trak bomba.

Pesawat membawa bersama 126 penumpang rakyat Yaman.

(Kakitangan teknikal dan perkhidmatan mengelilingi penerbangan pertama Yemen Airways
dalam tempoh enam tahun di landasan lapangan terbang Sanaa di ibu negara Yaman. /AFP)

Mereka termasuk pesakit yang perlu menerima rawatan di luar negara.

Lapangan terbang Sanaa ditutup untuk pesawat komersial sejak 2016 susulan serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi.

Penerbangan yang baru berlepas dari kawasan bergolak itu menandakan harapan buat rakyat Yaman untuk melihat kedamaian dihasilkan. -AFP

Media Baharu