HONG KONG, 20 Oktober- Sebuah pesawat kargo dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tergelincir dari landasan sebelum terjunam ke laut ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong awal pagi Isnin.
Menurut media tempatan, dua kematian dilaporkan.
Menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, landasan utara ditutup susulan insiden itu manakala landasan selatan dan tengah kekal beroperasi seperti biasa.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 pagi waktu tempatan dan lapangan terbang mengesahkan pesawat tersebut menggunakan nombor penerbangan Emirates.
Emirates setakat ini belum memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan Reuters.
Kesemua empat kru penerbangan berjaya diselamatkan, menurut kenyataan lapangan terbang.
Bagaimanapun, dua individu di dalam sebuah kenderaan darat berhampiran landasan yang dipercayai telah dirempuh pesawat tersebut dilaporkan maut, lapor South China Morning Post memetik sumber polis. -REUTERS