NEWARK, 2 Mac- Sebuah pesawat kargo FedEx melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, di sini, Amerika Syarikat selepas enjinnya terbakar akibat bertembung dengan seekor burung pada Sabtu.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan pesawat Boeing 767 itu berlepas dari Newark menuju ke Indianapolis sebelum insiden berlaku.
FedEx dalam kenyataan memaklumkan pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat.
Tiada kecederaan dilaporkan. -Reuters