AHMEDABAD, 12 Jun -Sebuah pesawat milik Air India membawa sekurang-kurangnya 242 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad, barat India.
Menurut Air India menerusi satu hantaran di platform media sosial X, pesawat Al171 itu dalam perjalanan menuju ke London.
"Pada masa ini, kami sedang memastikan butiran dan akan berkongsi kemas kini selanjutnya," kata Air India dalam satu kenyataan di X.
Sementara itu, Lapangan terbang Gatwick London mengesahkan pada Khamis bahawa pesawat Air India yang terhempas berhampiran bandar Ahmedabad di barat India itu dijadualkan mendarat di lapangan terbang London pada pukul 6.25 waktu tempatan. -REUTERS