fb fb fb fb fb

China-AS capai kata sepakat perjanjian perdagangan

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian ketika sidang media di Beijing. Foto fail

BEIJING, 12 Jun - China mengesahkan telah mencapai kata sepakat mengenai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua pihak juga secara prinsip bersetuju melaksanakan konsesus penting yang dicapai Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump, melalui perbualan telefon minggu lepas.

Sekali gus meredakan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, menegaskan bahawa kedua-dua pihak perlu mematuhi konsensus itu dan China sentiasa menepati janjinya.

"China sentiasa berpegang pada kata-katanya dan memberikan hasil. Sekarang kata sepakat telah dicapai, kedua-dua pihak perlu mematuhinya," kata Lin Jian pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, Trump pada Rabu memaklumkan perjanjian perdagangan antara Washington dan Beijing selesai, tertakluk kepada kelulusan akhir kedua-dua pihak.

Melalui satu hantaran di media sosial, Trump berkata AS akan menerima jumlah keseluruhan tarif sebanyak 55 peratus, manakala China menerima 10 peratus.

“Magnet penuh dan sebarang bahan nadir bumi yang diperlukan, akan dibekalkan terlebih dahulu oleh China. Begitu juga, AS akan menyediakan kepada China apa yang dipersetujui, termasuk pelajar China yang menggunakan kolej dan universiti kami,” katanya.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI