fb fb fb fb fb

Peruntukan tambahan baik pulih asrama lelaki

(Datuk Seri Anwar (tiga, kanan) bersama Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini, meninjau keadaan
pasca insiden kebakaran asrama pelajar lelaki SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Sail/BERNAMA)

SEREMBAN, 19 Mei- Peruntukan tambahan disediakan kerajaan pusat bagi membaik pulih asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Haji Abu Hassan Sail, Rembau yang terbakar Julai tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan disalur bagi tujuan itu, RM3.89-juta, berbanding peruntukan asal hampir RM3 juta.

"Melihat keadaan asrama bumbung dan surau tidak cukup saya minta Menteri Besar bincang dengan Pengarah JKR supaya dapat kelulusan khas dipercepat," katanya.

Turut diumum, peruntukan RM310,000 untuk baik pulih fasiliti seperti bilik guru dan surau sekolah.

(Datuk Seri Anwar berkata berkata Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan disalur
bagi tujuan itu, RM3.89-juta, berbanding peruntukan asal hampir RM3 juta)

Media Baharu