fb fb fb fb fb

KKD akan panggil penganjur konsert Coldplay

 (Peminat Coldplay yang tidak dapat membeli tiket konsert kumpulan rock British itu
giat mencari tiket jualan balik di aplikasi Carousell semasa tinjauan/BERNAMA)

KUCHING, 19 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil panganjur konsert Coldplay bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka. Menterinya Fahmi Fadzil berkata perkara itu perlu diteliti berikutan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak.

Jelas Fahmi, perbincangan itu kelak adalah bagi mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak penganjur agar perkara sama tidak berulang.

''Kita akan memanggil penganjur konsert tersebut sama-sama dengan KPD serta MCMC untuk memahami perkara itu berlaku'' katanya kepada pemberita selepas melawat ke pusat media di Kompleks Dewan Undangan Negeri DUN Petra Jaya Kuching di sini.

"Antara perkara yang mungkin akan kita teliti ialah cara tiket itu dibeli, sama ada perlu ada sekatan atau syarat-syarat tertentu dikenakan kepada penganjur.

“Kita juga sedang teliti peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu kita ambil tindakan," tambah beliau.

Jualan tiket konsert Coldplay yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibuka seawal pukul 10.00 pagi pada 16 Mei lepas bermula harga RM228 hingga RM3,088.

(Jelas Fahmi, perbincangan itu kelak adalah bagi mengetahui langkah-langkah yang boleh
diambil oleh pihak penganjur agar perkara sama tidak berulang)

 

 

Media Baharu