fb fb fb fb fb

Peru sekat kemasukan pendatang asing

(Foto AFP)

LIMA, 27 April- Presiden Peru menetapkan darurat di sempadan Amerika Selatan dan mengarahkan penempatan tentera di kawasan itu bagi menyekat pendatang asing yang menuju ke utara dari Chile.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan pendatang itu dari Haiti dan Venezuela.

"Pendatang terbabit pernah tinggal di Chile.

"Mereka telah disekat berminggu-minggu di sempadan antara bandar Tacna dan Arica di utara Chile.

"Chile kini mengetatkan kawalan migrasi.

"Kerajaan Peru telah menghantar 200 pegawai polis untuk mengukuhkan pusat kawalan imigresen, sekali gus mengehadkan jenayah rentas sempadan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Presiden Peru, Dina Boluarte mengarahkan tambahan askar di sempadan Chile, Bolivia, Brazil, Ecuador dan Colombia dalam usaha menyekat pendatang asing.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh darurat di sempadan tersebut. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu