HONG KONG, 28 Mei - China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan perundingan berkaitan maritim. Kedua-dua negara bersetuju untuk mengekalkan dialog dan menguruskan risiko, kata Kementerian Luar China pada Selasa.
Menurut China, kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang situasi maritim selain bersetuju mengekalkan komunikasi dan mengelakkan salah faham dan pertimbangan.
Ujar Kementerian Luar China, pihaknya melahirkan kebimbangan berterusan terhadap pelanggaran dan provokasi Amerika Syarikat di perairan berhampiran dan menggesa Washington untuk mengelak daripada campur tangan dalam pertikaian antara China dan jirannya, atau "menggunakan laut untuk mengawal China".
Tambah kementerian itu lagi, AS sewajarnya menghentikan sokongan terhadap 'pasukan kemerdekaan Taiwan.
Tindakan AS yang mengekalkan interaksi secara langsung dengan Taiwan termasuk penjualan senjata turut ditentang oleh China.
China sebelum ini mendakwa Taiwan berada di bawah wilayah kekuasaannya, namun Taiwan menolak dakwaan tersebut.
Selain itu, China turut menggesa agar AS tidak mengambil pendirian berat sebelah berkaitan Laut China Selatan selepas Washington melanjutkan perjanjian keselamatan dengan Filipina pada Mac lalu.-REUTERS