fb fb fb fb fb

Perjanjian lindungi laut lepas perlu diratifikasi segera

(Pakar marin dan aktivis Greenpeace bercakap semasa acara pelancaran laporan Greenpeace yang
menyeru ratifikasi perjanjian lautan global untuk melindungi biodiversiti marin dan stok ikan/AFP)

CALIFORNIA, 14 September- Penangkapan ikan berlebihan di perairan antarabangsa telah melonjak dalam tempoh lima tahun lalu dan menunjukkan keperluan untuk meratifikasi perjanjian global bagi melindungi laut lepas, menurut laporan Greenpeace.

Rangkaian badan bukan kerajaan itu menyeru sebanyak mungkin negara agar menandatangani perjanjian itu minggu depan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Dimuktamadkan pada bulan Jun, teks itu dipuji sebagai perjanjian "bersejarah" dengan potensi melindungi lautan dengan lebih baik.

Elemen utama dalam perjanjian tersebut ialah penciptaan rangka kerja undang-undang untuk melindungi kawasan marin laut lepas melebihi 370 kilometer dari garis pantai.

Tetapi tanpa penguatkuasaan perjanjian berkenaan, perlindungan sedemikian adalah minimum, laporan itu memberi amaran.

"Realiti di laut bergerak ke arah yang bertentangan daripada cita-cita yang dinyatakan dalam perjanjian," katanya.

Aktivis kempen lautan Greenpeace, Chris Thorne berkata untuk melindungi 30% daratan dan lautan bumi menjelang 2030, sasaran yang diterima pakai tahun lepas oleh konvensyen COP15 mengenai kepelbagaian biologi," tidak ada masa boleh dibazirkan".

"Memancing berlebihan adalah masalah besar, " tambahnya.

Waktu memancing di laut lepas meningkat sebanyak 8.5% antara 2018 hingga 2022, menurut laporan itu, yang menyusun data daripada organisasi yang mampu menjejaki pergerakan bot melalui pemancar mereka.

Pengukuhan sedemikian amat ketara di kawasan sensitif ekologi yang dikenal pasti oleh PBB sebagai kawasan perlindungan marin masa depan yang berpotensi. Greenpeace melaporkan kadar memancing di kawasan itu telah meningkat sebanyak 22.5%.

Dalam tempoh 30 tahun, stok tuna sirip biru Pasifik telah merosot lebih daripada 90%. -AFP

(Kapal Greenpeace Arctic Sunrise berlabuh di Long Beach, California/AFP)

Media Baharu