fb fb fb fb fb

Jumlah kematian akibat banjir di timur Libya melebihi 6,000

LIBYA, 14 September - Angka kematian akibat banjir besar di timur Libya dilaporkan melebihi 6,000, kata Setiausaha Kementerian Kesihatan negara, Saad El-Din Abdel-Wakil.

Pada Ahad, banjir besar di Libya berikutan ribut Daniel yang melanda Mediterranean, mengakibatkan infrastruktur dan jalan raya di bandar Derna mengalami kerosakan teruk dengan jumlah korban dijangka terus meningkat.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, lebih 5,300 orang terbunuh dalam kejadian banjir besar itu.

Sementara itu, jurucakap Dewan Rakyat Libya Abdallah Blaihak, mendedahkan dalam satu wawancara media pada hari yang sama bahawa jumlah kematian di Derna mencecah hampir 7,000.

Jurucakap Tentera Kebangsaan Libya, Ahmed Mismari pula memberitahu memberitahu Sputnik News Rusia bahawa jumlah kematian akibat banjir di timur Libya mungkin sudah melebihi 10,000.

Sebelum ini, wakil dari Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa mendedahkan lebih 9,000 orang masih hilang di Derna.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, kira-kira 35,000 penduduk di bandar itu kehilangan tempat tinggal.

Banyak jalan dan jambatan hanyut, sekali gus menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pada masa ini, pasukan penyelamat antarabangsa telah tiba di Derna untuk mencari mangsa yang hilang. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu