(Yoshimi Yamashita/AFP)
KUALA LUMPUR, 14 September- Pegawai perlawanan wanita termasuk pengadil terkenal Yoshimi Yamashita dari Jepun akan mengadili Piala Asia lelaki buat kali pertama tahun depan di Qatar, kata pegawai hari ini.
Yamashita, yang turut dipilih ke Piala Dunia lelaki 2022 di Qatar, telah disenarai bersama empat pengadil wanita lain untuk kejohanan serantau pada Januari-Februari depan.
“Buat pertama kalinya, pegawai perlawanan wanita bersedia untuk membuat penampilan sulung pada pertandingan pasukan kebangsaan lelaki paling berprestij di Asia,” kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan.
"Sistem video bantuan pengadil (VAR) juga akan membuat "debut penuh" (penampilan sulung) pada kejohanan itu," kata AFC.
Piala Asia akan menyaksikan 24 pasukan buat kali pertama dengan juara bertahan, Qatar sebagai tuan rumah.
Jepun dan Korea Selatan juga akan menjadi antara pasukan pilihan selepas mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar.
Bulan lalu, AFC mengumumkan akan melancarkan Liga Juara-Juara wanita Asia tahun depan. -AFP
(Yoshimi Yamashita/AFP)