fb fb fb fb fb

Perhimpunan tahunan WHO: China tegas tolak penyertaan Taiwan

Foto Hiasan / Reuters

BEIJING, 15 Mei – China menegaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan Taiwan menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini, menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar Negeri China pada Khamis.

Jurucakap kementerian, Lin Jian dalam sidang medianya berkata, penyertaan mana-mana wilayah termasuk Taiwan dalam organisasi antarabangsa perlu mematuhi prinsip satu China yang telah lama dipegang oleh Beijing.

“Pendiran China berhubung penyertaan wilayah Taiwan dalam organisasi antarabangsa, termasuk WHO, sentiasa konsisten dan jelas: ia mesti dikendalikan selaras dengan prinsip satu China,” kata Lin.

Beliau menambah tanpa persetujuan daripada apa yang disebut sebagai “kerajaan pusat”, Taiwan tidak mempunyai sebarang asas atau hak untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Taiwan yang ditadbir secara demokrasi, telah lama diketepikan daripada kebanyakan organisasi antarabangsa susulan bantahan berterusan oleh Beijing yang menganggap pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya sendiri.

Meskipun begitu, Taiwan pernah dijemput menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia sebagai pemerhati pada beberapa tahun tertentu, terutamanya ketika hubungan antara Taipei dan Beijing berada dalam keadaan lebih mesra.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN