fb fb fb fb fb

Perdagangan China dengan negara Asia Tengah meningkat 10.4 Peratus

Foto hiasan/ REUTERS

BEIJING, 15 Jun- Perdagangan China dengan lima negara Asia Tengah mencatat pertumbuhan 10.4 peratus tahun ke tahun dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Ia mencecah 286.42 bilion yuan (kira-kira 39.88 bilion dolar Amerika Syarikat).

Menurut data Pentadbiran Am Kastam China (GAC) yang dikeluarkan pada Ahad ia sekali gus mencipta rekod baharu bagi tempoh sama.

Berdasarkan statistik kastam, jumlah import dan eksport China dengan lima negara Asia Tengah – Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan – telah meningkat daripada 312.04 bilion yuan pada 2013 kepada 674.15 bilion yuan pada 2024, menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.

Kadar pertumbuhan tahunan purata adalah sebanyak 7.3 peratus, iaitu 2.3 peratus lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata perdagangan luar China secara keseluruhan dalam tempoh sama.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, eksport China ke lima negara berkenaan mencatat 188.18 bilion yuan, meningkat sebanyak 5.6 peratus, manakala import pula berjumlah 98.24 bilion yuan, melonjak 21 peratus.

Sepanjang tempoh tersebut, China mengimport produk pertanian bernilai 4.36 bilion yuan dari negara-negara Asia Tengah, meningkat 26.9 peratus.

Secara terperinci, import biji rami dari Kazakhstan meningkat 202.1 peratus, kismis dari Uzbekistan meningkat 153.7 peratus, manakala madu dari Kyrgyzstan melonjak sebanyak 10.9 kali ganda.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI