fb fb fb fb fb

Perancis sahkan 277 kes cacar monyet

(FOTO AFP)

PARIS, 22 Jun- Perancis melaporkan 277 kes jangkitan cacar monyet pada Selasa, termasuk satu kes melibatkan wanita.

Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan jumlah jangkitan naik mendadak berbanding 183 kes direkodkan lima hari sebelumnya.

Bagaimanapun tiada kematian dikaitkan dengan cacar monyet dilaporkan di Perancis.

Punca serta cara penularan penyakit itu ke atas wanita berkenaan kini dalam siasatan.

(Individu dijangkiti cacar monyet/Fail AFP)

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi menentukan sama ada wabak cacar monyet sebagai penyakit membimbang antarabangsa atau sebaliknya.

Kes cacar monyet pertama di Perancis dikesan pada 20 Mei, hari yang sama virus itu dikesan di negara jiran Jerman.-AFP

Media Baharu