fb fb fb fb fb

Perancis pertimbang sekatan baharu terhadap peneroka haram Israel

Foto AFP

PARIS, 26 April- Perancis mempertimbangkan bagi melanjutkan sekatan terhadap sekatan terhadap peneroka haram Israel di sebalik keganasan terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat, kata Presiden Emmanuel Macron selepas bercakap kepada Pemimpin Jordan, Raja Abdullah II.

Kedua-dua pemimpin dengan tegas mengutuk pemgumuman Israel berhubung penempatan di Tebing Barat yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,kata pejabat Macron dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 488 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera atau peneroka haram Israel di Tebing Barat sejak 7 Oktober, menurut pegawai Palestin.

Minggu lalu Kesatuan Eropah mengenakan sekatan ke atas empat peneroka haram Israel dan dua pertubuhan peneroka kerana keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Sejak awal tahun ini, pihak berkuasa Israel telah mengisytiharkan hampir 1,100 hektar (2,720 ekar) Tebing Barat sebagai "tanah negara" itu iaitu dua kali lebih banyak daripada tahun rekod sebelumnya pada 1999, menurut badan pemerhati penempatan Peace Now.

Status itu memberikan kerajaan Israel mengenakan kawalan penuh terhadap cara tanah itu digunakan, dan menyebabkan tanah berkenaan diisytiharkan sebagai larangan kepada rakyat Palestin.

Kira-kira 490,000 peneroka haram Israel kini tinggal di Tebing Barat bersama tiga juta rakyat Palestin.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD