fb fb fb fb fb

Perancis mahu perjanjian perdagangan adil dan segera dengan AS

Presiden Perancis, Emmanuel Macron/Reuters

BRUSSELS, 27 Jun- Presiden Emmanuel Macron pada Khamis menyatakan bahawa Perancis mahu memeterai perjanjian perdagangan yang cepat dan bersifat pragmatik dengan Amerika Syarikat (AS).

Namun, secara tegas menjelaskan untuk tidak akan menerima terma yang bersifat berat sebelah.

Tambah Macron, semua instrumen perlu digunakan bagi memastikan perjanjian yang adil dapat dicapai.

"Jika kadar tarif asas Amerika Syarikat sebanyak 10 peratus dikekalkan, maka tindak balas Eropah perlu memberi kesan yang setara," kata Macron kepada media selepas sidang kemuncak pemimpin Kesatuan Eropah (EU), di Brussels, Belgium.

Macron turut memberi amaran bahawa sikap terbuka Perancis tidak harus disalahertikan sebagai kelemahan.

"Niat baik kami tidak sepatutnya dilihat sebagai satu kelemahan," tegas beliau.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM