fb fb fb fb fb

Perancis akan iktiraf negara Palestin pada September ini

142 negara kini iktiraf negara Palestin / Foto AFP

PARIS, 25 Julai - Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada Perhimpunan Agung PBB bulan September ini, Presiden Emmanuel Macron mengumumkan pada Khamis.

"Sesuai dengan komitmen bersejarahnya terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Timur Tengah, saya telah memutuskan bahawa Perancis akan mengiktiraf Negara Palestin.

"Saya akan membuat pengumuman rasmi di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September," kata Presiden Macron di X dan Instagram.

Termasuk Perancis, negara Palestin kini diiktiraf oleh 142 negara,walaupun Israel dan Amerika Syarikat menentang keras pengiktirafan itu.

Perancis akan menjadi kuasa Eropah yang paling penting untuk mengiktiraf negara Palestin.

"Keutamaan mendesak hari ini ialah menamatkan perang di Gaza dan menyelamatkan penduduk awam," tambah Presiden Macron. - AFP

HASRON BIN HASSAN