fb fb fb fb fb

Kanada kecam Israel gagal cegah krisis kemanusiaan di Gaza

Israel didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dengan menghalang penghantaran bantuan yang dibiayai oleh Kanada kepada penduduk awam di wilayah itu/Foto AFP

OTTAWA, 25 Julai – Kanada mengecam Israel kerana gagal mencegah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

Perdana Menterinya, Mark Carney, turut mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dengan menghalang penghantaran bantuan yang dibiayai oleh Kanada kepada penduduk awam di wilayah itu.

“Kanada menyeru semua pihak untuk berunding demi mencapai gencatan senjata dengan segera dan secara ikhlas.

“Kami mengulangi gesaan agar Israel menghormati kedaulatan wilayah Tebing Barat dan Gaza, manakala Hamas segera membebaskan semua tebusan," kata Carney menerusi kenyataan di platform X.

Kenyataan itu hadir ketika komuniti antarabangsa semakin bimbang dengan kemerosotan keadaan di Gaza serta kekangan terhadap akses bantuan kemanusiaan. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI