fb fb fb fb fb

Penyeludupan fentanyl dari Mexico ke AS menurun 40%

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum / Foto Reuters

MEXICO CITY, 7 Jun – Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum memaklumkan penyeludupan fentanyl dari Mexico ke Amerika Syarikat (AS) menurun sekitar 40 peratus sejak Presiden AS, Donald Trump, memulakan pentadbirannya pada Januari lalu.

Menurut Sheinbaum dalam sidang media hariannya pada Jumaat, penurunan tersebut berlaku meskipun Trump menyatakan isu penyeludupan fentanyl sebagai antara sebab utama beliau mengenakan tarif terhadap Mexico.

Bagaimanapun, banyak penghantaran bahan terlarang itu tidak terjejas kerana masuk ke AS di bawah perjanjian perdagangan tiga hala.

“Sejak Presiden Trump memegang jawatan sehingga ke hari ini, penurunannya hampir mencecah 40 peratus,” kata Sheinbaum.

Presiden itu bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan Mexico masih menunggu data terkini daripada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat berhubung jumlah fentanyl yang telah dirampas di sebelah sempadan AS.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN