fb fb fb fb fb

Iran tidak akan memperkaya uranium -Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada wartawan di atas Air Force One. Foto AFP

WASHINGTON, 7 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi memberi amaran kepada Iran berhubung program nuklearnya.

Ketika bercakap kepada wartawan di atas Air Force One pada hari Jumaat, Trump menegaskan negara itu tidak akan meneruskan usaha pengayaan uranium.

"Jika Tehran terus memperkaya uranium, maka AS akan mengambil langkah lain, dan saya benar-benar tidak mahu melakukan perkara itu. Namun AS tiada pilihan lain," kata Trump.

Rabu lepas, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh AS untuk meninggalkan pengayaan uranium bertentangan dengan kepentingan negara itu.

Khamenei turut menyatakan tanpa pengayaan uranium, tidak akan dapat membantu usaha penyaluran tenaga untuk negara tersebut.

Cadangan AS untuk rundingan nuklear baharu dibentangkan kepada Iran pada 31 Mei oleh Oman yang bertindak sebagai pengantara perbincangan antara Menteri Luar Iran Abbas Araqchi dan utusan Asia Barat Presiden Trump, Steve Witkoff.-REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI