WASHINGTON, 17 Jun - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) menganugerahkan kontrak bernilai AS$200 juta kepada syarikat OpenAI bagi membangunkan kecerdasan buatan (AI) bagi kegunaan ketenteraan.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, OpenAI yang berpangkalan di San Francisco akan membangunkan prototaip AI bagi menangani cabaran keselamatan negara yang kritikal dalam domain peperangan dan pengurusan pentadbiran.
Tambah kenyataan tersebut, teknologi AI berpotensi meningkatkan kecekapan operasi pentadbiran, termasuk sistem penjagaan kesihatan anggota tentera serta pertahanan siber.
Bagaimanapun, pihak syarikat memberi jaminan bahawa semua penggunaan AI dalam bidang ketenteraan akan mematuhi garis panduan etika penggunaan.
Ia merupakan kerjasama pertama dengan Petagon di bawah inisiatif OpenAI untuk membawa teknologi tersebut ke dalam sektor kerajaan. - AFP