fb fb fb fb fb

Pasukan tentera Amerika kekal dalam mode pertahanan

Foto Web

WASHINGTON, 17 Jun - Pasukan tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di rantau Asia Barat kekal dalam mode "pertahanan".

Demikian dimaklumkan White House menerusi satu kenyataan susulan peningkatan ketegangan antara Israel dan Iran.

Spekulasi berhubung kemungkinan penglibatan tentera Amerika dengan konflik yang sedang berlaku kini turut disangkal.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Negara, Pete Hegseth, dalam satu wawancara turut memberi jaminan bahawa tentera Amerika tidak akan terlibat dalam mana-mana konflik di rantau tersebut.

“Kami berada dalam kedudukan pertahanan di rantau Asia Barat, dengan kekuatan, demi mengejar perjanjian damai, dan kami benar-benar berharap itu yang akan berlaku.

“Melindungi pasukan AS adalah keutamaan kami, dan penempatan tambahan sebelum ini bertujuan mengukuhkan kedudukan pertahanan kami di sana,” jelasnya. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN